Friday, August 3, 2012

Sabah - hari Ketiga

Hari ni sangat bertuah rasanya kerana dapat melihat sendiri puncak Gunung Kinabalu. Selalu dengar pengunjung yang datang tak dapt tengok puncaknya kerana dilitupi kabus atau awan. Tapi kami sungguh bertuah kerana dapat melihat bukan saja pada waktu pagi, malah hingga jam 10.00 pagi masih kelihatan lagi.

Lihatlah betapa cantiknya puncak Kinabalu didepana mata kami, syukur Alhamdulillah. Selepas puas mengambil gambar puncak gunung, kami bersarapan di cafe resort. Pemandangan dari dalam cafe juga menarik dan sejuk sekali.

Lepas sarapan, buat shooting dulu kerana pemandangannya tersangatlah indah. 
 Setelah berkemas, kami terus check out. Masa amat berharga bagi kami. Lokasi pertama - Poring Hot Spring. Di Poring, pengunjung belum ramai lagi, kami terus menaiki Canopy Walk. Berpeluh juga nak sampai keatas tu. tapi sangat puas hati.

  Dari Poring Hot Spring kami pergi ke Kg Luanti untuk menikmati spa ikan di Sg Murali. Ini baru ori punya spa.Dalam perjalanan keluar kami terpandang kain rentang ini. 
Apa lagi tanpa melepaskan peluang terus masuk mencari bunga tersebut. Setiap orang dikenakan bayaran RM 10 untuk melihatnya.
 

Setelah  puas berspa, kamipun beredar ke lokasi seterusnya - Desa Cattle Farm di Mesilau. perjalanan kesini amat mencabar, kalau sewa kereta dinasihatkan ambillah kereta yang besar cc nya kerana jalan ke ladang ini sungguh mencabar.

Berada disini seolah-olah seperti di New Zealand ( walaupun tak pernah sampai he he )
pemandangannya sungguh indah, nyaman dan sejuk sekali.Asyik berjalan ketempat-tempat yang menarik sehingga kami langsung tak sedar belum makan tengahari lagi. seterusnya kami ke Kinabalu Park. Pada waktu ini kabus dah mula tebal sehingga sukar melihat sekeliling.


  Masa dah hampir senja, tanpa buang masa kami terus ke Pekan Nabalu untuk membeli cenderamata.

 Setelah puas berjalan, haripun dah gelap walaupun baru pukul 5 petang, kamipun terus balik menuju ke KK . Setelah check in di hotel yang sama, malamnya makan di waterfront. Boleh tahan masakan dan harganya. selepas makan kami buat final shopping mutiara di Pasar malam Kg Air.
Setelah puas hati kerana duitpun dah habis kamipun balik hotel. 


Untuk melihat foto dengan lebih detail sila pergi ke laman Photobucket kami di http://s243.photobucket.com/albums/ff107/zzarudin/Sabah%20-%20Hari%20Ketiga/