Friday, December 12, 2008

Hari Sabtu lepas pergi Kuala Sg Baru, Kak cik belanja makan sempena harijadinya. Sebelum tu pergi mandi dulu di Tg Bidara, lama juga tak mandi di situ. Lepas mandi sementara menunggu makan malam di Kuala Sg Baru, duduk di chalet Angin Laut, Pengkalan Balak. Murah saja, cuma RM 40.00 saja. Malah sungguh selesa sekali. Malamnya baru pergi Medan Ikan Bakar Persatuan Nelayan Melaka Barat, Kuala Sg Baru. Kak cik tempah 4 meja, boleh tahan juga tapi tak boleh lawan Seafood Parameswara di Umbai.

Wednesday, December 3, 2008

Dah lama tak pos, bukan tak ada masa tapi komitmen yang lain tu mengganggu masa untuk blog ini. Takpalah kali ini akan cuba sentiasa updatekan blog ini. Hem!! sebenarnya baru saja balik dari lawatan ke Hadyai dan Phuket mengikuti rombaongan pejabat. Banyak juga tempat yang di lawat : Hadyai, Trang, Krabi, Pang Nga, Pulau James Bond, Perkampungan Air, Phuket.
Tempat-tempat yang di singgahi pula ialah Kilang Batu Permata, Kilang baju cenderamata, perkmpungan gipsi, Pantai Karon, dan sebagainya.