Friday, August 3, 2012

Sabah - hari Ketiga

Hari ni sangat bertuah rasanya kerana dapat melihat sendiri puncak Gunung Kinabalu. Selalu dengar pengunjung yang datang tak dapt tengok puncaknya kerana dilitupi kabus atau awan. Tapi kami sungguh bertuah kerana dapat melihat bukan saja pada waktu pagi, malah hingga jam 10.00 pagi masih kelihatan lagi.

Lihatlah betapa cantiknya puncak Kinabalu didepana mata kami, syukur Alhamdulillah. Selepas puas mengambil gambar puncak gunung, kami bersarapan di cafe resort. Pemandangan dari dalam cafe juga menarik dan sejuk sekali.

Lepas sarapan, buat shooting dulu kerana pemandangannya tersangatlah indah. 
 Setelah berkemas, kami terus check out. Masa amat berharga bagi kami. Lokasi pertama - Poring Hot Spring. Di Poring, pengunjung belum ramai lagi, kami terus menaiki Canopy Walk. Berpeluh juga nak sampai keatas tu. tapi sangat puas hati.

  Dari Poring Hot Spring kami pergi ke Kg Luanti untuk menikmati spa ikan di Sg Murali. Ini baru ori punya spa.Dalam perjalanan keluar kami terpandang kain rentang ini. 
Apa lagi tanpa melepaskan peluang terus masuk mencari bunga tersebut. Setiap orang dikenakan bayaran RM 10 untuk melihatnya.
 

Setelah  puas berspa, kamipun beredar ke lokasi seterusnya - Desa Cattle Farm di Mesilau. perjalanan kesini amat mencabar, kalau sewa kereta dinasihatkan ambillah kereta yang besar cc nya kerana jalan ke ladang ini sungguh mencabar.

Berada disini seolah-olah seperti di New Zealand ( walaupun tak pernah sampai he he )
pemandangannya sungguh indah, nyaman dan sejuk sekali.Asyik berjalan ketempat-tempat yang menarik sehingga kami langsung tak sedar belum makan tengahari lagi. seterusnya kami ke Kinabalu Park. Pada waktu ini kabus dah mula tebal sehingga sukar melihat sekeliling.


  Masa dah hampir senja, tanpa buang masa kami terus ke Pekan Nabalu untuk membeli cenderamata.

 Setelah puas berjalan, haripun dah gelap walaupun baru pukul 5 petang, kamipun terus balik menuju ke KK . Setelah check in di hotel yang sama, malamnya makan di waterfront. Boleh tahan masakan dan harganya. selepas makan kami buat final shopping mutiara di Pasar malam Kg Air.
Setelah puas hati kerana duitpun dah habis kamipun balik hotel. 


Untuk melihat foto dengan lebih detail sila pergi ke laman Photobucket kami di http://s243.photobucket.com/albums/ff107/zzarudin/Sabah%20-%20Hari%20Ketiga/






Saturday, July 14, 2012

Sabah - hari kedua

terlupa kini ada di Sabah, bermakna Subuhnya kul 4.25 pagi, hu hu mujur sempat. breakfast di hotel, boleh tahan, macam-macam ada.
  
Kemudian terus pack barang2 n check out. Hari ni nak rush pergi Gaya Sunday Market, Pulau Manukan n trus ke Kundasang. Sempat ke? hu hu



                                        Di Sunday Market ni anjingnya pakai baju tau. 




Suasana di Market, ramai dan besar sangat, tak mampu nak jelajah sume. lagipun kul 10.30 Pak Arman Shah dah tunggu di pasar untuk bawa kami ke Pulau Manukan.

Terkejar-kejar nak beli apa-apa, tapi disini mutiara paling murah sekali jika dibandingkan dengan Pasar Malam Kg Air apatah lagi pasar Filipina.
Tapi nak buat camana, masa singkat sangat. Kul 10.15 Pak Arman dah call, minta tunggu jap. Risau juga bot dah tunggu.



Akhirnya... jom ke Pulau Manukan. Perjalanan dengan bot dalam 20 minit. naik dari pasar sebab dah booking Pak Arman Shah. tak ambil dari Jeselton Point. Kelebihan menggunakan perkhidmatan Arman Shah ni ialah kita boleh nego dengan dia kul bepa nak pergi, kul bepa nak balik dan sebagainya. Harus dingatkan kalau ke Pulau Manukan bawalah makanan sendiri, kerana dah sampai sana harganya triple ye.




dah sampai... apa lagi snorkeling lah. Tapi ikan tak berapa banyak pulak. Bila bagi roti baru dia datang. Tepat jam 2 kami pun balik ke darat dan mulakan perjalanan ke Kundasang. Terpaksa pantas segalanya kerana perjalanan mengambil masa 2 jam setengah. 



Sampai KPR keadaan dah gelap, ikut jam baru kul 6. Malam makan di hotel kerana termasuk dalam pekej. Makanannya dah ditetapkan iaitu 2 lauk, 1 sayur dan 1 sop. 



Selesai makan mulalah shooting filem yang belum diberi tajuk lagi kerana pemandangannya teramatlah indah 






Selesai shooting, kamipun rihat untuk perjalanan yang lebih mencabar besok. 


ok bye

Friday, July 6, 2012

Sabah

Nak ceritalah pengalaman bercuti ke Sabah. memang seronok sungguh percutian kali ini kerana banyak memasuki kawasan hijau dan pedalaman yang tak ada di Semenanjung. Percutian ini adalah atas permintaan Tiah Zaharudin tahun lepas, baru sekarang dapat ditunaikan kerana baru kelapangan.






 Inilah pesawat yang kami naiki.

Percutian kali ini juga sungguh bermakna kerana Aja dah kerja dan Muni pulak balik ni akan memasuki alam pekerjaan. Alhamdulillah .Ok lah lepas ni akan diceritakan perjalanan percutian kami ye

tunggu.... 

Ok kita sambung ye
Penerbangan mengambil masa 2 jam setengah.






Dalam kapalterbang, Muizz asyik main tab saja. 





Ni hotel yang kami menginap. Bagus hotelnya, murah, sarapan enak. Saya syorkan duduk di hotel ni, memang selesa.

 Petang apa lagi, mulalah jalan-jalan. tempat dituju - Pasar Filipina.




Belum beli lagi, tengok2 je dulu. Besok nak pergi Sunday Market, baru habiskan duit.





Pekena ikan bakar dulu, yang sedap tu asam dia, tak leh berhenti nak makan.
Dah kenyang, balik rihat, kumpul tenaga untuk aktiviti esok.

Tunggu ye...