Saturday, December 22, 2007

Berkunjung ke Cosmos World



22 Disember 2007 - kami sekeluarga berkunjung ke Cosmos World, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Bagaimnanapun Mummy tak ikut kerana bekerja dan along pula pula nak siapkan assignmentnya. Muizz bukan main suka lagi, maklumlah tempat itu penuh dengan permainan kegemarannya.

Semua permainan dicuba oleh mereka. tapi tak sangguplah membiarkan mereka menaiki roller-coaster kerana terlampau laju sangat.

Sunday, December 9, 2007




Malamnya pula pergi ke Dataran Pahlawan. Disana suasana Krismas semakin dirasai.



Kemudian kami terus menginap di Straits Meridian Hotel. Sesampai di hotel Muizz tak sabar terus pergi mandi di kolam. Riangnya diaaaaa.......



Ini antara peralatan yang dipamerkan iaitu alat mengukur arah matahari dan sistem cakrawala.

8 Disember, kami sekeluarga bercuti ke Melaka. Tempat pertama di tuju ialah Balai Cerap Al-Khawarizmi di Tanjung Bidara. Disana terdapat pelbagai peralatan mencerap angkasa dipamerkan. Kelihatan Muizz dan Mummynya sedang melihat menerusi teropong.

Saturday, December 1, 2007


1 Disember 2007 - Muizz menyertai prtandingan mewarna anjuran Urusetia SDSI di Plaza Seremban. Seramai 38 orang menyerta pertandingan tersebut. Ada rakan setadika Muizz juga turut serta. Masa menghantar Muizz terserempak dengan Paktam yang bertugas untuk majlis perasmian SDSI yang dijadualkan pada jam 2.00 petang oleh YB Dato' Norzam, Setiausaha Kerajaan.


Friday, November 30, 2007


Terima kasih along kerana menemankan Muizz mewarna sehingga selesai, nanti Muizz belanja along dadih ye?

Inilah hasil gambar yang Muizz warnakan, cantik tak?

Antara hadiah yang disediakan dalam pertandingan tersebut.

Thursday, November 22, 2007

Konvokesyen Muizz




17 November 2007 adalah hari Konvokesyen Muizz. Tahun depan Muizz akan melangkah ke alam persekolahan yang sebenar. Dia semakin risau kerana mendengar kata rakan-rakannya persekolahan sebenar banyak tugasan, tak seperti alam tadika. Gambar-gambar ini diambil semasa majlis Konvokesyen berjalan.