Thursday, July 16, 2009



Hotel The Krystal Suites

Hotelnya sangat luas dan selesa sekali. Malah di ruang tamupun ada 2 unit aircond.


Penang.

Baru balik dari Penang, melancong setelah menghantar Yani kawin di Kulim, Kedah. Menetap di The Krystal Suites, Bandar Bayan Baru. Besar apartmentnya. Cuma dapat berjalan ke Penang Hill saja kerana kesuntukan masa.

Saturday, June 20, 2009

Dah lama tak update sebab komputer rosak. baru beli CPU baru AMD Athlon 64 2 GB DDR - RM 740.00 di Terminal Ome, Seremban.
Minta-minta tahan lama sikitkomputer ni, asyik rosak saja.

Sunday, June 7, 2009

Dah lama tak update kerana komputer rosak, asyik padam saja. Baru balik dari Melaka bawa keluarga shopping pakaian raya. Menetap di hotel kesukaan famili Mahkota Melaka.

Anak-anak suka hotel tersebut kerana dekat dengan Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan, boleh jalan kaki saja untuk shopping.

Minggu ni agak sibuk juga, maklumlah nak ke Sarawak, Perlis dan Melaka mengikuti rombongan mengadap DYMM dan TYT untuk urusan menjemput Istiadat Pertabalan DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Mujur juga cuti sekolah senang sedikit.

Saturday, April 25, 2009


Keta Baru

Lama tak update, tapi kali ini tak sabar nak update sebab nak tunjuk keta baru. Naza Citra. Baru ambil dari Public Star Auto. Tapi kesian pulak tengok Wajaku, kerana masih elok lagi. Apa nak buat teringin sangat, tambahan budak-budak ni asyik bergaduh saja kesempitan.