terlupa kini ada di Sabah, bermakna Subuhnya kul 4.25 pagi, hu hu mujur sempat. breakfast di hotel, boleh tahan, macam-macam ada.
Kemudian terus pack barang2 n check out. Hari ni nak rush pergi Gaya Sunday Market, Pulau Manukan n trus ke Kundasang. Sempat ke? hu hu
Di Sunday Market ni anjingnya pakai baju tau.
Suasana di Market, ramai dan besar sangat, tak mampu nak jelajah sume. lagipun kul 10.30 Pak Arman Shah dah tunggu di pasar untuk bawa kami ke Pulau Manukan.
Terkejar-kejar nak beli apa-apa, tapi disini mutiara paling murah sekali jika dibandingkan dengan Pasar Malam Kg Air apatah lagi pasar Filipina.
Tapi nak buat camana, masa singkat sangat. Kul 10.15 Pak Arman dah call, minta tunggu jap. Risau juga bot dah tunggu.
Akhirnya... jom ke Pulau Manukan. Perjalanan dengan bot dalam 20 minit. naik dari pasar sebab dah booking Pak Arman Shah. tak ambil dari Jeselton Point. Kelebihan menggunakan perkhidmatan Arman Shah ni ialah kita boleh nego dengan dia kul bepa nak pergi, kul bepa nak balik dan sebagainya. Harus dingatkan kalau ke Pulau Manukan bawalah makanan sendiri, kerana dah sampai sana harganya triple ye.
dah sampai... apa lagi snorkeling lah. Tapi ikan tak berapa banyak pulak. Bila bagi roti baru dia datang. Tepat jam 2 kami pun balik ke darat dan mulakan perjalanan ke Kundasang. Terpaksa pantas segalanya kerana perjalanan mengambil masa 2 jam setengah.
Sampai KPR keadaan dah gelap, ikut jam baru kul 6. Malam makan di hotel kerana termasuk dalam pekej. Makanannya dah ditetapkan iaitu 2 lauk, 1 sayur dan 1 sop.
Selesai makan mulalah shooting filem yang belum diberi tajuk lagi kerana pemandangannya teramatlah indah
Selesai shooting, kamipun rihat untuk perjalanan yang lebih mencabar besok.
ok bye
No comments:
Post a Comment